Berikut
adalah 7 manfaat menangis untuk kesehatan kita :
1. Membantu penglihatan : Air mata
ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri.
Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang
boleh membuat penglihatan menjadi kabur
2. Membunuh bacteria : Tak perlu
ubat titik mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria. Di dalam
air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh
sekitar 90-95 peratus bakteria bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer,
pegangan tangga, bersin dan tempat tempat yang mengandungi bakteria, hanya
dalam 5 minit
3. Meningkatkan mood : Seseorang
yang menangis boleh menurunkan paras stress kerana dengan menangis, mood
seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan hasil dari menangis
kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam
meregulasi-kan sistem metabolisme tubuh jika nak dibandingkan dengan air mata
yang dihasilkan daripada iritasi mata.
4. Mengeluarkan racun : Seorang ahli
biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan
menemukan bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis karena emosi ternyata
mengandungi racun. Tapi jangan salah anggap, kerana keluarnya air mata yang
beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan
mengeluarkannya melalui mata.
5. Mengurangkan stress : Bagaimana
menangis boleh mengurangkan stress eh? Air mata ternyata juga mengeluarkan
hormon stress yang terdapat dalam tubuh ddikenali sebagai endorphin
leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga
membantu melawan penyakit penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan
darah tinggi.
6. Membangun komuniti : Selain baik
untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang membangunkan
sesebuah komuniti. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya
di depan sahabat atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini
boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi seseorang.
7. Melegakan perasaan : Semua orang
rasanya merasa demikian. Meskipun kita rasa bagai didera pelbagai macam masalah
dan dugaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.
Setelah menangis, sistem badan seperti otak dan jantung akan menjadi lancar. Oleh itu, menangis akan membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiran kita dengan menangis. Pasti lepas tu kita akan merasa sangat lega.
Setelah menangis, sistem badan seperti otak dan jantung akan menjadi lancar. Oleh itu, menangis akan membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiran kita dengan menangis. Pasti lepas tu kita akan merasa sangat lega.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar